web analytics

MBI rangkul Anugerah Apresiasi Khas 2024

May be an image of 10 people, lighting and text
Foto : Majlis Bandaraya Ipoh
Ipoh – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar kejayaan apabila merangkul satu kategori Anugerah Apresiasi Khas 2024 – Bandar Bahagia Mesra Usia sempena Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Kebangsaan Tahun 2024.
Dengan kejayaan itu, MBI sekali gus menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal di negeri Perak menerima pengiktirafan berkenaan di bawah inisiatif Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Nga Kor Ming dan turut diiringi oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr. Alias bin Rameli.
Pengarah Perancangan Bandaraya MBI,  Zainal Bin Abdul Hamid selaku wakil Datuk Bandar bersama Penolong Pengarah Perancangan Bandaraya, Anis Zulaikha Ahmad Kamal telah menerima anugerah berkenaan sekali gus membawa pulang sijil.
“Semoga anugerah yang diperolehi tersebut akan menjadi pemangkin ke arah menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Bestari Sejahtera,” kata kenyataan itu.
May be an image of text

POPULAR HARI INI

Sorry. No data so far.

KALENDAR

june

No Events

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi08.com?

HUBUNGI KAMI