web analytics

Pencuri kabel patah tulang selangka sewaktu lari dikejar polis, seorang lagi diburu

May be an image of 3 people and lighting
Keadaan kereta dinaiki suspek yang terbalik selepas cuba melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis di Jalan Pasir Mas, Taman Mayfair, di Ipoh kira-kira jam 5 pagi tadi. FOTO: Ihsan Polis Daerah Ipoh.

Ipoh – Dua lelaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dan mengalami patah tulang selangka apabila kereta yang dinaikinya terbabas sewaktu cuba melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis di Jalan Pasir Mas, Taman Mayfair, di Ipoh kira-kira jam 5 pagi.

Kejadian ini berlaku selepas pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian curi kabel tersebut.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Pasir Puteh membuat rondaan cegah jenayah di lokasi berkenaan sebelum terserempak dengan dua suspek yang dalam keadaan mencurigakan dan disyaki sedang mencuri kabel.

Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah Proton Iswara, menyebabkan polis terpaksa meminta bantuan dua lagi kereta peronda polis untuk mengejar suspek.

Kereta yang dinaiki suspek akhirnya terbabas sendiri, menyebabkan seorang daripada suspek berjaya melarikan diri manakala seorang lagi suspek tersepit di dalam kereta tersebut.

No photo description available.

Suspek yang tersepit itu merupakan lelaki tempatan berusia 58 tahun, dan dia kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan mencuri kabel, dan Seksyen 186 Kanun yang sama iaitu bagi kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Seorang lagi suspek masih diburu oleh pihak berkuasa.

POPULAR HARI INI

KALENDAR

may

No Events

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi08.com?

HUBUNGI KAMI