web analytics

Penjawat awam Perak, ketua kampung terima BKK Raya RM1,000

May be an image of 1 person and text that says "BRAK Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri: RM1,000 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri MALAYSIA 2030 MADANI PERAK foJ @saaranimohamadofficial @saaranimohamad saaranimohamad4346"

Ipoh – Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian melibatkan semua penjawat awam negeri Perak termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri.

“Bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta (RM8,804.000.00) dan akan memanfaatkan seramai 8,804 penerima,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bantuan ini adalah tanda apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri yang merupakan nadi penggerak kerajaan atas komitmen serta dedikasi yang dicurahkan dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Mudah-mudahan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Insya Allah, bayaran penuh bantuan khas ini akan dibuat pada 29 Mac 2024,” katanya.

Bantuan khas itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan seramai 8,804 penerima.

POPULAR HARI INI

Sorry. No data so far.

KALENDAR

june

No Events

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi08.com?

HUBUNGI KAMI