web analytics

Seorang lelaki maut, dua kereta bertembung di Slim River

May be an image of 6 people

 

Tanjung Malim – Seorang lelaki telah meninggal dunia dalam kemalangan dua kenderaan di hadapan Masjid Klan Halt, Slim River, awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Muhammad Fadil bin Muhamad Raslan melaporkan bahawa kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Honda City.

Dua orang pemandu kedua-dua kenderaan tersepit di bahagian pemandu. Pemandu kereta Proton Wira, seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan KKM.

Pemandu kereta Honda City, seorang lelaki dewasa berusia 38 tahun, mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital. Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis.

 

POPULAR HARI INI

KALENDAR

may

No Events

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi08.com?

HUBUNGI KAMI